Tuesday, November 17, 2009

360 darjah

apa maksud title ni ehh? hmm ni maksudnya anak ibu iaitu alif, sejak baik dari demam ni dah pandai buat macam2 aksi bila menyusu. berpusing2 la, menonggeng2 la, meniarap la...macam2..kelakar tul..sama la mcam along asyrafnya dulu..agaknya memang budak2 mcm tu agaknya..ke anak ibu ni aje yg mcm ni...alif pun dah pandai buat bunyi2 dan sebut 'teyteytey...tatatata'..dan kdg2 sebutan yg tak boleh nk ibu agak...alhamdulilah..anak ibu dah maju setapak lagi..bila setiap kali baik dari demam ada je perkara baru yang alif akan tunjukkan..alhamdulillah..
along asyraf pun dah pandai sayang adiknya..bila tanya along nak jadi apa bila besar nanti along asyraf kata nak jadi puliss...wahhh...ni gara2 tengok drama Gerak Khas la ni...tapi yang kelakarnya ayah kata masa along ikut ayah pi bank, kebetulan pakcik guard kat bank tu ada kat situ siap pegang senapang lagi..along punya la kecut..sampai ayah kena pujuk lama baru berani masuk bank..tak pe2..yang penting cita2 tu mesti ada kan..

Sunday, November 1, 2009

celoteh..apa citer??

Lama betul tak update blog ni..seperti tahun2 sebelum ni seperti biasa hujung tahun memang waktu yg agak sibuk..almaklum gomen nak habiskan budget tahunan mereka..waktu mcm ni mcm2 hal jadi..kelam kabut tul sejak akhir2 ni dengan hal diopis dan juga dirumah. hujung tahun juga biasanya musim tengkujuh...jadinya budak2 dan juga org tua senang sangat nak kena demam, batuk dan selesema. anak2 ibu dan ayah juga tak terkecuali. nasib baik la antibodi ibu ni kuat..hehehe. kalau semua pakat demam...parah..
27hb Oktober 2009 - kenapa ngan tarikh ni ekk??? semestinya tarikh yg bermakna..genap la umurku 28tahun..nampaknya dah menghampiri angka 30 nih...dah makin tua ..terasa cepat sgt waktu berlalu..yang sedihnya..ayah tak penah ingat besday ibu..sob..sob..sob.. sodih tuh.. asyik nak kena remind jek..tu pun still lupa jugak..adoiyaiii..tak pe la..dah biasa dah ... (pujuk hati sendiri)..walau mcm mn pun dapat jugak suprise cake dari adikku ct..tima kasih dik..terubat skit hati nih.
01hb November 2009 - naper pulak ngan tarikh ni ekk? hmmm sebenarnya sebelum kawin lagi aku ada azam , nak ambik lesen memandu.. sudahnya sampai sekarang dah ada 2 orang anak hensem ni masih tertangguh lagik..so, pd 1hb nov 09 dengan semangatnya (cewah) aku dan juga adikku ct hadirkan diri ke ceramah undang2 (5 jam) utk ambik lesen memandu motor dan juga kereta..wahh...gugup jugak..dah la zero pasal kereta nih..motor pun asal boleh jalan jek..kebetulan birasku bekerja disana..jdnya memudahkan kerja..terima kasih la buat adik as yek.. kelas undang2 sudah..so step ke2 untuk ujian test computer..kena la menelaah . katanya ada 50 soklan..kena betul eklis 42 soklan..insyallah...harap2 lulusla yek...bukan apa, elakkan pembaziran...

Tuesday, October 6, 2009

Hari Raya Aidilfitri 2009 & Hari Ulang Tahun Ke-3 asyraf










Hari ini baru ku berkesempatan mendownload and update blogku..bukanla bz sesangat cuma malas jekk.. ;) . Seperti catatan ku terdahulu, 1 syawal yang jatuh pada 20hb September 2009 tahun ni adalah hari ulang tahun ke-3 anak sulongku Muhamad Asyraf Hakimi. Asyraf dapat 2 bijik kek 1 dariku dan 1 lg dari makcik inanya..Disini ku attachkan beberapa keping gambar yang diambil sempena sambutan hari tersebut. Enjoy...

Wednesday, September 16, 2009

Raya Mood

Hari ni masuk 27 Ramadhan..memang dah tak de mood nak wat keje..asyraf pun dah tak tau kali ke berapa sarung kasut raya dia..nampaknya asyraf lebih excited ngan kasut baru dia berbanding baju rayanya..persiapan raya kami ala kadar sahaja..sederhana..tema tahun ni hijau pucuk pisang..kebetulan pula pada 20hb September ini insyallah 1 syawal merupakan hari lahir asyraf yang ke 3 tahun.hmmmm tak pe ke kalo ku belikan dia kek sempena hari lahirnya..??bukannya apa memang dah plan awal nk buat majlis untuknya tapi tak menyangka nasib yg menimpa anak saudaraku ... lumrah kehidupan.. semoga adik dan adik iparku tabah menghadapinya..berbalik kepada plan utk asyraf, rasanya buat ala kadar je la kan..nak belikan hadiah apa ekk..dia dah 3 thn so, kena belikan sesuatu yg educational untuknya..ini kali pertama kami nk sambut hari lahirnya..HAPPY BIRTHDAY ASYRAF..

Monday, September 14, 2009

Al-Fatihah buat anak saudaraku yang kembali ke rahmatullah

Jumaat 11.09.2009. Tarikh ni menjadi kenangan yang tak dapat dilupakan buat aku sekeluarga terutama sekali buat adikku serta isterinya. Tarikh dimana kembalinya anak ke2 mereka iaitu Nur Hasya Nabila berusia 2 bulan setengah. Waktu sah kematian pada jam 5 petang dan punca berkemungkinan kerana tercekik susu @ lemas ketika dalam buaian di kampung neneknya di negeri sembilan. Arwah tinggal di kg dan dijaga oleh ibuku serta adik2 ku kerana adik iparku iaitu ibu arwah masih belajar.
PAGI
Ku dah bersiap nak pegi keje tapi suami ku tiba-tiba mengajak ku shopping baju melayunya dan 2 org hero kami. Adoii..bukan nak bagitau awal2. Kami pegi sekejap je gerak kul 9.30pagi dan balik pukul 1 petang. Lepas bagi anak2 makan, kepenatan aku tertido dan terjaga bila adik perempuanku ct pulang dr keje pukul 5 petang. Katanya sambil menangis yg anak saudaraku itu sudah tiada lagi. memang aku terkejut sangat. Tuhan saja yang tahu bagaimana perasaan kami waktu tu. Terus ku ajak suamiku pulang ke kg.
PETANG/MALAM
Gerak dari rumahku pukul 6.30 petang kerana suami ku ada urusan keje di luar. sesampai di kg hampir 8.00 malam, ku lihat sekujur tubuh arwah diruang tamu rumah. Lantas kupeluk erat tubuh adik iparku dan kami sama2 menangis. kucuba menahan kesedihan tetapi kalah jua. Kata adik iparku dia redha atas kepergiannya. Kami juga begitu..niatnya untuk menjaga arwah selepas raya ini tidak kesampaian..walau berat rasa hati, semua ini sudah ketentuan dari yang Maha Esa yang lebih menyayangi beliau. Pihak polis datang kerumah malam tersebut bagi tujuan mengambil repot dan terus menghantar jenazah ke Hospital Tuanku Jaafar, Seremban bagi tujuan post mortem. Jenazah terpaksa ditinggalkan di hospital malam itu kerana pembedahan hanya akan dilakukan pada keesokkan harinya.
Sabtu 12.09.2009
Aku mengikut adikku ke hospital bagi mengambil jenazah. Jenazah siap lebih kurang pukul 9.40pagi. Punca kematian masih tak dapat ditentukan dan ujian darah akan dijalankan bagi memastikan punca sebenar kematiannya. Memang sedih mengenangkan arwah yg masih kecil terpaksa juga dibedah ttp kami redha. Jenazah selamat dikebumikan tengah harinya walaupun berbagai dugaan terpaksa ditempuh.
Doaku semoga arwah tenang disana. Menjadi bidadari syurga..Perginya sesuci kain putih, tiada noda..Al-Fatihah buatnya ..Amin..

Wednesday, September 9, 2009

090909

Tarikh ni agak unik tapi tak de la apa2 perubahan pada aku. Cuma tarikh ni nampak menarik. Disebabkan tarikh ni juga ramai org ambik untuk kenangan terindah dalam hidup mereka mcm kaum cina, ramai yg ambik sbg tarikh perkahwinan sbb katanya tarikh ni ada tuah.. bg org melayu @ Islam, tarikh ni kena pada bulan puasa. So, tak de la yg wat wedding day. walau apa pun, macam aku, rutin harian tetap sama. Tiada apa yang berubah. Tarikh ni juga buat pertama kalinya selama 6 tahun aku bekerja di Brinfo, aku tak join majlis berbuka puasa bagi tahun 2009. Niat dihati bukan sengaja tak mo join, tapi keadaan tidak megizinkan. Bukanlah malas atau tak mau bersosial ke hape ke cuma keadaan tak mengizinkan dan aku sebolehnya tak nak menyusahkan orang. Sedih gak tak dapat join makan kambing panggang [ wlpn tak la suke sgt] dan bermacam menu lain..Tak pe la yg penting majlis tetap berjalan wlpun ku tak join. kan..kan..Seperti biasa ku berbuka dengan 2 orang hero hensem ku itu dan juga adikku CT. Jadila...
Hari Raya bakal menjelang tak berapa lama lagi lebih kurang dalam 10 hari lg. Aku, apa persiapan pun belum buat lagi . maybe baru 10% je kot. pakaian anak2 and suami pun lum ada lagi. cuma ada la beli skit biskut n kerepek utk raya nanti. Mr Hubby ke kelantan malam isnin [7/9/09] atas urusan keje dan sampai ke hari ni [10/9/09] lum blk lg..hikhikhik sedih tul..nak shopping..nak shopping...tak sabar nk blk kg..seperti tahun lepas, raya tahun ni aku akan pulang beraya ke kg ku dulu di Negeri Sembilan dan petang raya kedua baru kami gerak untuk pulang beraya di kelantan umah mertua ku...oooooo balik kampung...oooo balik kampung...SALAM LEBARAN BUAT SEMUA...

Sunday, September 6, 2009

DEMAM

Minggu lepas adalah minggu yang suram buat keluarga ku. mr hubby ku demam seminggu lebih. lepas baik bersambung pulak dengan anak bongsuku aliff lebih kurang dalam 3 hari. Kebetulan hari dia demam tu sama dengan tarikh checkup di klinik kesihatan taman ehsan, kepong. dia kenan refer pd doktor. doktor kata anak ibu ni kerap jugak kena demam. berat pun tak naik banyak sangat bulan lepas. doktor suh ambik ubat kat farmasi dan ibu pun request ubat untuk ruam aliff sebab masih lum baik 100% lagi. pastu sambung pulak demam kat anak sulongku asyraf. nasib baik la antibodiku kuat walaupun kadang2 ada jugak rasa mcm nak demam. almaklum menjaga orang demam. alif lepas baik demam dalam 2,3 hari kena pulak ruam campak. sian dia. habis 1 abdan naik bintik2 merah. pagi masa hantar umah cik nab ibu tengok ok je. bila nak ambik petnag tu cik nab kata aliff kenan campak. terkejut dibuatnya. baru je baik demam panas. bila berpeluh skit je mula la menggaru2 muka sebab miang. nak tido malam susah dibuatnya. alahai anak ibu. nasib baik la tak lama dalam 2 hari dah baik. alhamdulillah. sekarang ni ibu tengah risau pulak dengan kesihatan along . walau pun badan dia tak panas tapi bila tengok muka dia nampak lesu je. selera makan pun dah makin kurang balik. makin susut berat badan dia. kadang2 dengar dia batuk2.. tp bila nak bg makan ubat punya la susah. macam2 skill kena guna. Ya Allah Ya Tuhanku, semoga engkau beri kesihatan yang baik buat anak-anakku serta seluruh keluarga ku juga tidak lupa buat seluruh muslimin dan muslimat. Aminnn..

Tuesday, August 18, 2009

Aliff pandai merangkak..6 bulan 4 hari..

pada 15/8/09 [sabtu] secara rasminya aliff pandai merangkak..hari tu umurnya genap 6 bulan 4 hari. wahhh seronok rasa. hmm lepas ni tak boleh la tinggalkan dia sorang lama2 atas tilam or sofa..haritu dah tergolek jatuh dari tilam rasanya dah 2 kali. nasib baik ayah dah tak nak pasang katil lagi. kalau tak, tak tau la berapa kali anak ibu ni akan jatuh. sure jantung ibu berdegup laju bila terdengar bunyi benda jatuhkan... Macam along asyraf dulu la..sian anak ibu..ibu dah nasihatkan along jangan sepah2kan barang mainan nanti sure aliff kutip masuk mulut..tp tak tau la masuk telinga kiri kuar telinga kanan kot ..lagi 1 kalo makan depan aliff, mesti bising nak jugak..mulut tu mengunyah2 mcm tgh gigit sesuatu...sekarang aliff dah boleh makan bubur nasi yg diblend..suka dia..kalo lambat bg makan mesti bising...alhamdulillah setakat hari ini anak2 ibu tak byk masalah..kesihatan pun ok..cuma alif je yg kena ruam agak teruk skit..skrg dah ansur2 baik..cuma tak boleh panas n berpeluh..mesti naik balik ruamnya..

Thursday, August 13, 2009

Fakta Mengenai Virus Influenza A (H1N1) - info ini ku copy dari laman web kementerian kesihatan malaysia

Virus influenza A (H1N1) adalah virus baru dan semua orang tiada daya ketahanan kepada jangkitan ini. Vaksin bagi melindungi jangkitan juga belum ada. Jika penularan dalam komuniti tidak dikawal dengan baik, penyakit yang mudah menular ini (contangious) akan merebak dengan cepat serta melibatkan kejadian kes-kes yang tinggi atau banyak dan jika keadaan ini tidak terkawal kejadian kes berkomplikasi akan berlaku termasuk kematian.

Sebagaimana yang dilaporkan sebelum ini, untuk membendung wabak pandemik di Malaysia (to slow down the spread), aktiviti kawalan dan pencegahan yang sedia-ada akan diteruskan melalui langkah-langkah pencegahan dan mitigasi. Langkah pencegahan dan mitigasi ini perlu diambil bagi memastikan kes-kes yang berisiko dikenal pasti dan diambil tindakan awal untuk mengelakkan komplikasi. Orang ramai adalah diminta untuk sama-sama mengambil bahagian dalam menangani pandemik ini.

Aktiviti-aktiviti yang sedia ada akan dikaji dari masa ke semasa untuk memastikan pelaksanaan aktiviti kawalan dan pencegahan yang cekap dan berkesan agar penularan kes di Malaysia dapat dikurangkan ke tahap yang minima.

Apa itu Fasa Mitigasi (Peredaan)

Aktiviti mitigasi adalah tindakan membendung wabak pandemik H1N1 di Malaysia dengan memperkukuhkan langkah-langkah pencegahan dan kawalan seperti mengamalkan kebersihan diri, kerap mencuci tangan dan mengamalkan adab batuk yang sesuai.

Strategi utama fasa ini adalah untuk mengurangkan kesengsaraan dan kematian akibat penyakit ini, melambatkan jangkitan penyakit dan mengurangkan kesan terhadap gangguan perkhidmatan utama.

Siapakah yang berisiko tinggi akibat jangkitan Influenza A (H1N1)?

  1. Kanak-kanak berusia kurang 5 tahun
  2. Individu berusia 65 tahun dan ke atas
  3. Kanak-kanak dan remaja (<>
  4. Wanita mengandung
  5. Dewasa dan kanak-kanak dengan asma, penyakit pernafasan kronik obstruktif, kegagalan organ, penyakit kardiovascular, hepatik, heamatologikal, neurologik, neuromuscular atau masalah metabolik seperti Diabetes Mellitus
  6. Dewasa dan kanak-kanan yang mengalami daya ketahanan yang rendah (immunosuppression)
  7. Individu yang menginap di rumah kebajikan dan institusi penjagaan yang lain
Masyarakat perlu mengetahui cara virus ini merebak.
  • Influenza A (H1N1) virus berjangkit dari manusia kepada manusia melalui titisan cecair, (yang dikeluarkan semasa bercakap, batuk atau bersin).
  • Mana-mana individu yang berhubung rapat (lebih kurang 1 meter) dengan individu yang mengalami gejala selesema (demam, bersin, batuk, hidung berair, menggigil, sakit sendi dan lain-lain adalah berisiko untuk mendapat jangkitan penyakit akibat dari titisan cecair.
  • Oleh itu, masyarakat perlu mengambil langkah pencegahan berikut:
    1. Amalkan kebersihan diri dan adab batuk yang betul
    2. Amalkan kawalan jangkitan sama ada di rumah, tempat kerja atau pengangkutan awam
    3. Peranan penutup mulut dan hidung (mask) dalam masyarakat
      • Tiada bukti kukuh mengenai keberkesanan memakai mask di tempat awam. Namun, ia telah digunakan dalam ruang yang sesak/tertutup apabila berhubung dengan individu yang mengalami gejala selesema
      • Individu boleh memakai penutup mulut dan hidung (surgical mask) di rumah dan di kalangan masyarakat, terutamanya jika mereka berhubung rapat dengan individu yang mengalami gejala influenza, contohnya semasa menjaga ahli keluarga yang sakit.
      • Penggunaan mask membolehkan individu yang mengalami gejala influenza untuk menutup mulut dan hidung mereka bagi menghalang titisan cecair dari tersebar, salah satu kaedah adab batuk yang betul/baik.
      • Surgical mask juga disyorkan kepada golongan yang berisiko tinggi apabila berada di kawasan yang sesak.
    4. Pesakit dinasihatkan untuk tinggal di rumah, elakkan berhubung rapat dengan ahli keluarga yang lain serta mengambil langkah kawalan dan pencegahan dari menjangkiti mereka yang menjaga pesakit.
    5. Sekiranya gejala influenza semakin teruk, pesakit hendaklah SEGERA mendapatkan rawatan di hospital.
    6. Sekiranya individu yang tergolong dalam kumpulan yang berisiko tinggi mengalami gejala influenza, segera dapatkan rawatan awal
    7. Elakkan berada di kawasan sesak dan seboleh-bolehnya tangguhkan/ batalkan / kurangkan menghadiri majlis keramaian
    8. Dapatkan maklumat terkini mengenai situasi semasa dari sumber yang boleh dipercayai seperti Kementerian Kesihatan Malaysia dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

aku dan GASTRIK..

Rabu lepas 12/8/09 dada ku sakit sangat..start dari pukul 3, 4 pagi... sakit sangat. Dah lama tak sakit cam tu...sakitnya dtg sekejap2..adoii..nak bangun pun Tuhan saje yg tau..dalam hati risau gak tambah2 skrg ni dunia dilanda wabak H1N1 ..kukuatkan hati bersiap jgk utk ke tempat keja..kalo ikutkan hati mmg tak mau p keje..mmg x larat sgt..tp bila pikir blk mcm mn ngan anak2, ku kuatkan hati jugak ..sekurang2nya kalo d tmpt keje ada gak la yg tau n boleh minta tolong utk ke klinik. kalo duk je dirumah x tau la nak kata. tunggang langgang la jawabnya..msk opis ingatkan ansur2 baik tp sampai ke pukul 10.30pagi mmg x tertahan rasanya ku dah terguling2 dlm bilik solat n nangis sorang2..huhuhuh mcm budak kecik gamaknya..mintak tolong offismateku cik nora hantarkan ke klinik.....rasa sakitnya same mcm masa aku pregnant anak ke2 ku..tp waktu tu sbb aku keracunan makanan..asyik cirit-birit jek..kat klinik at 1st, doc tanya, ada sesak nafas tak? nasib baik aku x de problem tu...ye la risau jugakkan. bukan takat dada je sakit ..ngan tekak pun sakit ..mcm2 hal..at last doktor bgtau aku kn gastrik..patutla...ini msk hr ke 3..dah makin baik alhamdulillah...moga2 cepat baik la..

Sunday, August 2, 2009

alif dan ruamnya..

agak lama rasanya tak update blog..tak de citer menarik n no idea..hari ni nak citer pasal anak ke-2 ku alif..lagi 1 minggu alif nak msk 6 bulan. Dah pandai meniarap sejak 5 bulan lg n sekarang dah mengensot2... nak belajar merangkak la tu.. banyak kali jugak la tergolek..sian dia..sumer benda kalo nampak nak msk dlm mulut dan pada masa yg sama 3 ke 4 hari ni dia dah pandai jelir2 lidah sampai penuh air liur di mulutnya [ patutla rambut ibu byk yg gugur..huhuhu] dan lg 1 dah pandai gigit puting ibu bila nyusu. biasa dia tu.... :) gatal gusi kot kan..hmmm nak besar dah anak ibu yg sorang ni yek..last timbang masa p check up kat klinik kesihatan pd 23/7/09, berat dalam 6.8kg. masa ni umonya dalam 5 bulan 2 minggu ...nurse bgtau dah boleh bg alif makan bubur nasi yg diblend dah. sebenarnya ibu dah pun start bg alif makan bubur nasi plain yg diblend dah sebab tengok alif mcm lapar sgt..bila tgk ibu, ayah n along makan mulut alif pun asyik sgt mengunyah mcm ada benda dlm mulut tu...n kat umah bbsitter pun makcik dah campurkan nestum dalam fm alif...seronok rasa bila tgk dia membesar. Tapi ada yang merisaukan ibu sekarang ialah ruam di leher alif. dah lama tak baik2 lg. ni da dkt sebulan dah. macam2 ubat yg ibu bubuh tp x elok2..pening n kesian tgk alif. mesti rasa pedih kat situkan. masa p check up hari tu doktor bagi krim + lotion calamine suh sapu. dah wat dekat 2 minggu dah..x ok lg. macam mana yea??? adoii..ayah kata mungkin ibu ada salah makan apa2 sbb alifkan nyusu badan jugak..rasanya ibu tak de lak mkn yg bukan2... RISAU LAAA.. Along asyraf pulak skrg ni baru nampak dia ada selera nak makan. kalo tak jenuh nk suruh mkn. sampai ibu rasa nak nangis je bila nak suruh along makan terutamanya nasi. asyik mintak air milo je..skrg along dah pandai cakap dan suka bertanya itu ini sampai x larat nak jawab..bila dan pandai bercakap..makin dia pandai memerintah huhhhh sabo je la..

Tuesday, July 14, 2009

hari2 ku..

hari ni [15.07.09-rabu], ku pergi keje dengan hati yg sedih & geram. Kelam kabut sebab bangun lambat (alasan biasa -> alif kerap jaga malam :) ). Dah la lewat, sejak 2, 3 hari ni along asyraf pulak suke buat hal..sengaja buat lambat2 wlpn ibu dah kata yg ibu dah lewat..nak siapkan 2 orang anak kesayangan ku itu cukup mencabar kesabaran ku. semua kulakukan sendirik..nak bersiap ke tempat keje lg.. waaa manyak tension .ayah ada hari ni tapi tak mo tolong handle anak2 dia ..geram jek.. apa nak wat dah tanggungjawab kan. imagine setiap hari ku bgn pg siapkan anak2 n diri ku ini , htr mrk ke umah bbsitter (sib baik dkt ngan umah), nak bergerak, si along ni suke tarik kain@seluar ku x bg tinggal dia di belakang. dia lak jalan tu terkemut2..huhhh. pastu exercise jalan kaki ke tempat keje lak..Kalo awal tak pe kena bangun lewat mcm pg ni mmg huru hara. tp sebab pagi ni hujan ku terpaksa sms nora mintak tolong jemput ku ke tempat keje..tima kasih nora.jasamu dikenang..
Berbalik cerita pasal pagi tadi, ku tinggalkan along begitu aje tu pun dah sampai umah bbsitter la. dia ngade2 tak mo msk umah, nak ikut pulak. no kiss, no say good bye & no flying kiss..serba salah dibuatnya tapi kena keraskan hati gak walopun dia jerit2 nangis guling2 kat lantai & buang botol susu@milonya itu. Ibu minta maaf along, sian along kan..bukan ibu sengaja tp kalo ibu layan kerenah along pg td mesti hari ni ibu tak masuk opis..

PASAL AKU
hmmmm aku sendiri heran apsal la selalu sgt 'penyakit' ulser mulut@mata ikan ni suke sgt kat haku nih..baru baik 2, 3 hari dah jd balik. sebulan ada la 3 kali kena pastu nk baik mkn ms dkt 2 minggu gak..huhuhu nasib badan tul..orang kata aku kurang minum air, badan panas, cuaca x menentu la, kurang mkn buah and sayur la..mcm2..heran..adik beradik lain x lak mcm tu..bila jumpa doktor pn dia akan ckp benda yg sama..aku rasa mcm dah banyak dah air ku teguk ..banyak ker??hmmm kn kira tul2 nih..ke perasaan ku je yg ingat ddah byk minum air masak nih..hehehehe..terlebih byk minum nanti asyik kuar msk toilet jek..tu yg mls tu..br2 ni p klinik mintak ubat doktor bg ubat brand lain tp spesies mcm bonjela la tp namanya kulupa arr..ubat ni cam ok skit..ms ngandung kurang lak mslh ni..lps bersalin jd blk..takkan nak ngandung jek kan..lotihh..sabar jela..

Thursday, July 9, 2009

hari berceloteh..

pagi ni aku cam malas nak wat keje..biasa la minggu terakhir setiap minggu mcm ni la..so, pagi ni aku sibukkan diri dengan membaca blog org n update blog aku sendiri..waaaa rajin tul diorg2 ni update blog msg2..aku ni time free je la..kang asyik hadap blog je x jd keje lak..hr ni cam motivasi diri makin merudum la nak p keje..kang x p keje kang kn buang lak haru aku..nak mkn apa lak kan..
bila tgk org lain msg2 sibuk berbisnes..cam rasa best nak join lak..tp ongkos lak 1 hal..ishh ishh...ni mungkin gak psl aku yg moody kot..anak2 x baik2 batuk n selesema lg..dah mcm2 cara aku buat..adoiyaiii..tido mlm ku dah haru biru..ngantuk giler skrg nih..rs cam nk ambik cuti 1 hr utk tido jek..tu la bukan senang nk jd ibu..sementara anak nk membesar ni mcm2 dugaan n cabaran ada. aku yg kuat hampir rebah gak..kuat ke? kuang3x..surrender gak kdg2 ngan pey el anak2 nih..
pagi ni anak2 ku msg2 meragam..sebenarnya start dr mlm lg msg2 buat hal..hmmm mn nak siapkan diorg sebelum htr bbsitter, nak siapkan diriku sendiri utk p keje..huhuhu..nk berkejar ke opis lg..adoii.. almaklum ku jalan kaki je..lambat skit je sure msk opis lewat..bukan ku sengaja..huhuhu..bos, jgn mare ekk..ngah ontheway p keje hr ni ku call cik hubby cuba nak luah perasaan ku yg sedey n letih ni..cam nak nangis jek..tp malu lak ngah jalan2 nangis nanti org kt apa lak an..cik hubby cam biasa ayatnya..nak wat mcm mana ..sabar la..lalalalalalla..huhh..
sejak cik hubby ku keje sendiri bwk lori ni sumer hal ehwal rumahtangga aku kena wat sendiri..dia blk lak dlm seminggu tu ada la 2 kali tu pun duk umah kjp jek ada la lam 2 jam jek..huhh penat giler..tambah skrg ni anak2 asyik x sihat jek..ku lg la berangin jek..makan hati beb..byk kali gak la air mata ni gugur..huhuhu..tabahkan la hati ku utk teruskan kehidupanku ini.. ku bukan tak mo memahami keje cik hubby ku tp.... entah la...
bulan depan dah nk pose..cam cepat je masa berlalu.ni ada 2 hari lg ku x ganti pose..asyik tangguh2 je..x leh jadi ni..ala sempat lagi..ayat biasa hahaha..x dpt byg lg cam ner cabaran berpose ngan anak 2 thn ni..dgn cik hubby ku yg jrg ada dirumah ..huhuhu..semoga ku akan tabah meneruskan hidupku ini..amin..rasa cam nak blk umah la..nk tido..huhuhu..apa la ku ni..cam budak2 lak an..

Thursday, June 25, 2009

asyraf dan pujukannya..

anak sulong ibu ni akan sambut ulangtahun yg ke 3thn pada 20.09.2009 ni. Dah besar dah anak sulong ibu ni. semakin pandai dia berkata2 walaupun pelatnya masih ada. Ku sentiasa teringat telatahnya..dah pandai memujuk..mungkin sbb dia kesian tengok ibu penat kot.. ye lah tu...bila ku marah sbb dia buat perangai especially ni lepas dia mandi dia akan kata nak sayang ibu..masa ngah mengelap badan dia...dia cium pipiku kanan & kiri pastu cakap saaaayang ibu...jangan degil sangat ehh,,kalo degil ibu buat apa? ibu pulas telinga, kunci dalam bilik, tutup lampu, cubit nanti...jangan degil sangat ehh..dia cakap camtu sebenarnya untuk diri dia sendiri sbb ku akan buat begitu bila dia buat perangai BAIKnya itu..asyraf..asyraf.....bila dia kata saaayang ibu tu hati ku dah cair sebenarnya..dalam hati kata pandai la anak ibu sorang ni ..nak ambik hati ibu la tu.. seronok betul jadi ibu ni..pengalaman yang amat bermakna...ni tunggu adik alif dia besar pulak..tak sabar nak tengok mcm mn asyraf menjaga adik dia...walaupun ku selalu tensen dengan perangai diorang tapi merekalah penyeri hidupku..sayang anak2 ibu..muahhhh...

Thursday, June 18, 2009

sakit tekak..

boring giler...tambah pulak sakit tekak...semua serba tak kena..mungkin sebab musim panas kot..tp alhamdulillah anak2 ku dah baik demam tinggal batuk je lagi...skrg aku lak yang sakit tekak ada rasa cam nak demam dah nih...
gaji bulan ni aku berangan nak beli 3 benda..teringin sangat sebenarnya..cewah2 mcm ada apa2 lak kan..ishh..ishh..
[1] teringin nak beli baby Ring Sling.. ada mcm2 design cantik2...and rega pun CANTEKK..jugak la..huhu
[2] nak ngumpul Cloth Diapers..kalo wat kira2 memang la jimat untuk masa depan tapi nak beli awal2 tu yg rasa sakit skit..insyAllah yang ni akan ku cuba capai jugak...dah pikir lam kepala kena ada kurang2 pun 16 keping CD coz anak sulong masih pakai diapers lagik..pelan-pelan kayuh hah...
[3] nak beli baju baru...ini kn pikir betul2..hhmm
semua ni cara online jek..dah lama dah tak kuar shopping2 ni..almaklum la...so, masih wat kira2 lagik..mana 1 nak beli dulu..?? pikir2 jgn x pikir...ckp kt diri sendiri.. :) melalut tul..bak kata anak ku asyraf ----> apa la ibu niiiii..

Tuesday, June 16, 2009

badan raso lomau..

so lazy this few days...mana taknya my two sons masing2 demam, batuk n selsema..aduh..kurang tido...badan rasa lemah sangat..sekarang ni sakit tekak pulak..aduyai..
paling kesian kat si adiknya la...batuk kuat..semalam, selasa[16.06.09] petang aku p appoinment kat klinik kesihatan..alif dah 4 bulan 1 minggu..ada mommies kat sana yang prihatin kat baby alif..kalo tak silap namanya shima... adik shima...bagus banget dia tu...mcm ada pengalaman anak ramai padahal dia baru beranak sorang ..baby boy gak..beza umo anak dia n alif 1 bulan..anaknya dah 5 bulan ++..aku kata dia tu bagus sebabnya mula2 dia bg kat aku tips2 macam mana nak wat kalo anak selesema or hidung tersumbat...cakap punya cakap..sementara nak nunggu giliran..dia tak sampai hati dengar alif nafas tersekat2 n batuk2 sampai suara tak de..dia ajak aku katanya nak demo mcm mn nak kasi kuar selesema alif..dia tunjuk cara mula2 mskkan jari dlm mulut alif, tekan lelangit pastu tiup hidung..then hingus/selesema akan kuar kat lubang hidung lg sebelah n dalam mulut ...banyak giler..aku tengok pun rasa ehemmm..tapi disebabkan orang lain sanggup wat mcm tu kat anak aku..rasa tercabar gak..alhamdulillah lepas dia buat mcm tu alif leh nafas ..tak berbunyi sangat dah...aku berterima kasih sesgt kat dia..siap mintak no phone dia ..mana la tau berguna 1 hr nanti.
timbang alif semalam dia dah 6.5kg . masa 3 bulan beratnya 5.8kg..alhamdulillah...
kata orang dia demam mungkin sebab beralih bulan..tapi ms aku ambik dia dr umah penjaga petang jumaat [12.06.09] tu dua-dua anak aku ok jek. Tp aku dengar mak cik yang menjaga diorg tu yg tak sihat..dlm hati kata..siap la..jangkit kat anak2 aku nih..tup2 mlm tu jgk dua-dua panas badan n start merengek..sabo je la...ni la dugaan namanya..semoga anak2 ibu lekas2 baik..sian ibu tengok bila anak ibu kn minum ubat...lgpn doktor pun tak galakkan baby alif ambik ubat batuk kecuali la teruk sangat n berlanjutan..ubat demam n antibiotik tak apa..sbbnya alif masih kecik lagi..kalo along asyraf tak pe..dia dah 3 thn..tp masalahnya siabang ni nk mkn ubat kn tgk mood dia..macam2..mlm tadi aku try praktik cara nak kuarkan hingus alif tapi tak berjaya..adoi...kena usaha lagi.....

Sunday, May 31, 2009

Mari berCLOTH DIAPERS..

lama gak rasanya tak update blog aku ni ...ye la time kat opis jek boleh berblog nih....sejak 2 menjak nih aku ngah pikir macam mana la nak cut cost beli lampin pakai buang untuk 2 orang hero aku nih.. walo pun along asyraf dah kurang penggunaan diapersnya tapi still kena beli lagik...kat umah time cuti leh la berjimat time tido je aku pakaikan diapers..tp kalo dah kat umah baby sitter kena la provide gak diapers..mana la dia nk jaga anak kita je 9 jam dak..sejak baca n join laman web susuibu.com ni mcm2 info aku dapat especially pasal breasfeed..bagusla ..ramai kaum ibu bg pendapat n borak2 pasal ibu dan anak diorang...siap ade gathering2 lagik..setakat ni aku tak penah la join..cuma baca je kat forum/blog diorg..aku jd silent reader je....x dan nak berreply bagai..melalui susuibu.com jugakla aku baru tau pasal cloth diapers [CD] ni..mula2 tak paham gak mcm mn nak guna, ok ke benda tuh..n betul ke leh jimat sbb rega dia leh tahan.. leh dapat 1 beg diapers pakai buang tuh.. lg 1 bab yg aku pening CD ni punyala banyak brand mcm diapers biasa gak la..mcm2 brand..so, x tau mn 1 nak cuba..baca punya baca aku rasa nak cuba la beli 1 dulu utk baby alif..nak tgk dia ok ke tak ngan CD nih..takut gak kalo2 jadi ruam ke kan..disebabkan ada promo, aku nak try bran BABYLAND..mcm lam gambo tuh...nak beli warna oren...ceria gitu...ok..nanti aku upload gambo alif bersama CD BABYLANDnya..

Monday, May 18, 2009

berat dah turun..

Isnin 18.5.09 aku bawak alif p checkup . umo dia dah 3 bulan 1 minggu 1 hari. berat dia dah 5.9kg, alhamdulillah.....pastu dia kena cocok [kata abangnya along asyraf]. tak nangis pun..kuat tul anak ibu ni..sib baik x meragam...alang2 p klinik aku pun timbang la berat aku nak tau gak sbb masa alif 2 bulan berat aku 58kg..mana taknya 2 minggu duk hospital tak de keje lain makan tido,makan tido jek..dekat2 nak bersalin berat badan 68kg..huhuhu..ada 6kg nak kasi kurang..semalam timbang berat aku dah jadi 56.6kg..hehehe sukenya berat dah turun..walaupun tak byk sangat yang turun..tapi aku gumbira gak la...tambah bersemangat lagik..ni masih ada 4kg nak kasi turun..harap2 leh dapat berat badan yang aku nak [maintain 52kg]..1 cabaran nih... mungkin gak sebab pekena bidadari kot badan makin sihat ..tambah lagi layan kerenah budak2 n bapak budak kot..hehehe..tapi tak leh lasak2 lagik..baru 3 bulan lebih..jaga2..kalo tak haru jadinya...

Friday, May 15, 2009

Bidadari 250ml & 375ml..pic



BIDADARI adalah minuman berfungsi untuk kesihatan dan kecantikan yang dikomposisikan dengan bahan semulajadi mewah seperti Madu Asli, Manjakani, Sirih, Serai, Akar Serapat, Jarum Emas, Kacip Fatimah, Asam Jawa, Kurma dan lain-lain herba terpilih.
Kaya dengan protien, serat, karbohidrat, dan vitamin A,B,C,D dan E sangat baik untuk membina kesihatan terutamanya membina sistem rahim, meningkatkan seri wajah dan menjadi pemangkin kepada kenikmatan perhubungan suami isteri.

Bidadari 250ml
WM: RM53.00 EM: RM58.50 BRU: $29.50 S'PORE: $28.50


Bidadari 375ml
WM: RM77.00 / EM: RM82.00 / BRU: $43.50 / S’Pore: $43.50

Thursday, May 14, 2009

DCL..Bidadari..

Mekanisme Bidadari : BINA DARI DALAM DIRI wanita untuk faedah wanita (isteri) dan suami. Bidadari yang kaya dengan protein, serat, karbohidrat dan vitamin A, B, C, D dan E sangat baik untuk membina kesihatan terutamanya membina system rahim, meningkatkan seri wajah dan menjadi pemangkin kepada kenikmatan perhubungan kelamin (suami dan isteri) .

Keistimewaan Bidadari :-
* Membantu masalah keputihan yang sering dihadapi oleh wanita remaja dan dewasa.
* Membantu mengatasi masalah senggugut.
* Membina rahim.
* Mengecutkan rahim (bagi wanita lepas bersalin)
* Menyegarkan & menyempitkan otot faraj.
* Meningkatkan nafsu dan tenaga seksual dan memberi impak positif kepada pasangan (suami) semasa perhubungan kelamin.
* Menambah kolegen dalam badan.
* Mencantikkan kulit dan menaikkan seri wajah
* Menyegar, menegang dan mengindahkan payudara.
* Membekalkan tenaga segera.
* Membantu merawat luka dalam perut dan pembedahan.
Oleh itu ia sangat baik dan seolah-olah ia dirumus khas untuk wanita lepas bersalin...

BIDADARI adalah minuman berfungsi mewah untuk kesihatan, kecantikan dan kebahagiaan hidup alam rumah tangga. Dikomposisikan dengan bahan-bahan semulajadi mewah yang telah lama dibuktikan keberkesanannya dalam kaedah rawatan di alam Melayu.
1 madu asli
2 sireh
3 akar serapat
4 kacip fatimah
5 kurma
6 manjakani
7 serai
8 jarum mas
9 asam jawa
10 herba-herba terpilih

Madu
Kaya dengan zat galian penting seperti Kalsium, fosforus, Sulfur, Karbon, zat besi, natrium, kalium, Klorin, Magnesium, Iodin, Kuprum, Manganese dan silikon serta kaya dengan vitamin-vitamin seperti A, B kompleks, C, D dan E. Madu sangat mudah dan cepat diasimilasikan dan cepat membekalkan tenaga yang diperlukan oleh badan, sangat baik untuk buah pinggang dan mempertingkatkan sistem imunisasi tubuh.

Sireh
Terbukti sangat berkesan mengatasi masalah angin dalam badan, lemah badan, serak kerongkong, mulut berbau dan lain-lain masalah mulut, hidung dan lapisan dinding perut. Sireh dengan adunan lain-lain ramuan bertindak membantu membina rahim dan sistem peranakan.

Akar Serapat
Sering digunakan secara tradisional dengan menggabungkan bersama-sama herba-herba lain (selalunya kacip fatimah dan lain-lain). Sangat berkesan untuk membina rahim, mengetatkan faraj dan meningkatkan sistem kemutan.

Kacip Fatimah
Terbukti boleh merawat buasir, penyakit tulang dan sangat baik untuk perempuan lepas bersalin bertujuan untuk mengetatkan rahim serta membantu mengetatkan faraj.

Kurma
Kaya dengan protein, serat, vitamin A dan C, Zat Mineral atau galian seperti besi, kalsium, sodium dan potassium, membantu menyerap tenaga dengan segera, mencegah bengkak usus, membaiki sistem saraf, tekanan, menguatkan ingatan, meredakan tekanan darah tinggi dan meningkatkan tenaga seksual.

Manjakani
Terbukti membantu mengatasi masalah buasir, keputihan, anti kanser dan mengetatkan faraj.

Serai
Kandungan `Citral? di dalamnya berkesan membantu proses pencernaan, melegakan kekejangan, ketegangan otot, sengal-sengal dan sakit kepala. Pati minyak di dalam serai membantu meredakan senak dalam perut disebabkan angin dan membantu mengurangkan bau badan (khususnya tapak kaki). Serai juga membantu menurunkan suhu badan. Ia juga bersifat antiseptik. Kandungan tonik di dalamnya akan merangsang sistem badan. Ianya bertindak sebagai pelali terhadap sistem saraf pusat.

Jarum Emas
Terbukti mampu untuk meningkatkan kesihatan dan tenaga seksual.

Asam Jawa
Kandungan `Flavonoid? di dalamnya bersifat anti radang dan membantu pengeluaran peluh. Asam Jawa juga membantu melangsingkan badan.

Cara Pengambilan Bidadari
Cara pengambilan Bidadari yang betul amat penting untuk mendapat kesan terbaik.

* Minum Bidadari - 2 sudu pagi dan 2 sudu malam.
* selepas 2 bulan, atau setelah masalah anda pulih sepenuhnya, minum Bidadari dengan sekali sehari untuk mengekalkan sistem dalaman yang telah dibaikpulih oleh Bidadari sepanjang bulan awal pengambilannya.
* Sebaik-baiknya jangan minum apa-apa air selepas pengambilan Bidadari. Selepas sejam, boleh makan dan minum seperti biasa.
* Untuk wanita yg belum berumahtangga dan wanita lepas bersalin, memadai ambil Bidadari 1 sudu pagi dan 1 sudu malam sahaja.
* Waktu period, JANGAN minum bidadari. Boleh mula ambil semula selepas period kering atau hari ke 7.
* Gunakan sudu plastik kerana Bidadari adalah mengandungi madu.
* Jangan simpan dalam peti sejuk, simpan pada suhu bilik je.

Amaran : Bidadari tidak boleh diambil oleh :-
1) Lelaki
2) Wanita mengandung
3) Semasa datang haid

Monday, May 11, 2009

Mother's Day 10th May 2009

Hari Ibu tahun ni dah bertambah ahli keluarga aku dari 3 menjadi 4. macam-macam perasaan ada. semestinya happy la dengan kedatangan ahli baru walaupun apa awalnya tak sangka..tapi alhamdulillah dah rezeki. tapi tahun ni time mother's day ayah asyraf n alif tak de..huhuhu cedih skit sbb dia blk kg coz aunty sakit da..x pe la..yang bestnya skrg alif dah pandai bebel..kemain kuat suara dia..biasala kuar bahasa dia la..dia pun dah pandai senyum, ketawa kalo org gelikan..dah pandai nak ajak sembang ngan dia..dia baru masuk 3 bulan pada 11.5.09.alhamdulillah alif tak banyak ragam..asal kenyang, ok la dia..setiap hari bekerja rasa tak sabar nak balik jumpa alif..dan tentunya abang dia asyraf..sib baik asyraf sayang kat adik dia jugak..tapi biasa la dah jadi along ni dia nak tunjuk kuasa dia la..makin nakal..tak reti duk diam..kadang jeles gak dia ngan adik dia tu.. :) macam2 kerenah ..tapi mereka la penyeri hidupku....