Monday, September 14, 2009

Al-Fatihah buat anak saudaraku yang kembali ke rahmatullah

Jumaat 11.09.2009. Tarikh ni menjadi kenangan yang tak dapat dilupakan buat aku sekeluarga terutama sekali buat adikku serta isterinya. Tarikh dimana kembalinya anak ke2 mereka iaitu Nur Hasya Nabila berusia 2 bulan setengah. Waktu sah kematian pada jam 5 petang dan punca berkemungkinan kerana tercekik susu @ lemas ketika dalam buaian di kampung neneknya di negeri sembilan. Arwah tinggal di kg dan dijaga oleh ibuku serta adik2 ku kerana adik iparku iaitu ibu arwah masih belajar.
PAGI
Ku dah bersiap nak pegi keje tapi suami ku tiba-tiba mengajak ku shopping baju melayunya dan 2 org hero kami. Adoii..bukan nak bagitau awal2. Kami pegi sekejap je gerak kul 9.30pagi dan balik pukul 1 petang. Lepas bagi anak2 makan, kepenatan aku tertido dan terjaga bila adik perempuanku ct pulang dr keje pukul 5 petang. Katanya sambil menangis yg anak saudaraku itu sudah tiada lagi. memang aku terkejut sangat. Tuhan saja yang tahu bagaimana perasaan kami waktu tu. Terus ku ajak suamiku pulang ke kg.
PETANG/MALAM
Gerak dari rumahku pukul 6.30 petang kerana suami ku ada urusan keje di luar. sesampai di kg hampir 8.00 malam, ku lihat sekujur tubuh arwah diruang tamu rumah. Lantas kupeluk erat tubuh adik iparku dan kami sama2 menangis. kucuba menahan kesedihan tetapi kalah jua. Kata adik iparku dia redha atas kepergiannya. Kami juga begitu..niatnya untuk menjaga arwah selepas raya ini tidak kesampaian..walau berat rasa hati, semua ini sudah ketentuan dari yang Maha Esa yang lebih menyayangi beliau. Pihak polis datang kerumah malam tersebut bagi tujuan mengambil repot dan terus menghantar jenazah ke Hospital Tuanku Jaafar, Seremban bagi tujuan post mortem. Jenazah terpaksa ditinggalkan di hospital malam itu kerana pembedahan hanya akan dilakukan pada keesokkan harinya.
Sabtu 12.09.2009
Aku mengikut adikku ke hospital bagi mengambil jenazah. Jenazah siap lebih kurang pukul 9.40pagi. Punca kematian masih tak dapat ditentukan dan ujian darah akan dijalankan bagi memastikan punca sebenar kematiannya. Memang sedih mengenangkan arwah yg masih kecil terpaksa juga dibedah ttp kami redha. Jenazah selamat dikebumikan tengah harinya walaupun berbagai dugaan terpaksa ditempuh.
Doaku semoga arwah tenang disana. Menjadi bidadari syurga..Perginya sesuci kain putih, tiada noda..Al-Fatihah buatnya ..Amin..

No comments:

Post a Comment