Wednesday, September 16, 2009

Raya Mood

Hari ni masuk 27 Ramadhan..memang dah tak de mood nak wat keje..asyraf pun dah tak tau kali ke berapa sarung kasut raya dia..nampaknya asyraf lebih excited ngan kasut baru dia berbanding baju rayanya..persiapan raya kami ala kadar sahaja..sederhana..tema tahun ni hijau pucuk pisang..kebetulan pula pada 20hb September ini insyallah 1 syawal merupakan hari lahir asyraf yang ke 3 tahun.hmmmm tak pe ke kalo ku belikan dia kek sempena hari lahirnya..??bukannya apa memang dah plan awal nk buat majlis untuknya tapi tak menyangka nasib yg menimpa anak saudaraku ... lumrah kehidupan.. semoga adik dan adik iparku tabah menghadapinya..berbalik kepada plan utk asyraf, rasanya buat ala kadar je la kan..nak belikan hadiah apa ekk..dia dah 3 thn so, kena belikan sesuatu yg educational untuknya..ini kali pertama kami nk sambut hari lahirnya..HAPPY BIRTHDAY ASYRAF..

Monday, September 14, 2009

Al-Fatihah buat anak saudaraku yang kembali ke rahmatullah

Jumaat 11.09.2009. Tarikh ni menjadi kenangan yang tak dapat dilupakan buat aku sekeluarga terutama sekali buat adikku serta isterinya. Tarikh dimana kembalinya anak ke2 mereka iaitu Nur Hasya Nabila berusia 2 bulan setengah. Waktu sah kematian pada jam 5 petang dan punca berkemungkinan kerana tercekik susu @ lemas ketika dalam buaian di kampung neneknya di negeri sembilan. Arwah tinggal di kg dan dijaga oleh ibuku serta adik2 ku kerana adik iparku iaitu ibu arwah masih belajar.
PAGI
Ku dah bersiap nak pegi keje tapi suami ku tiba-tiba mengajak ku shopping baju melayunya dan 2 org hero kami. Adoii..bukan nak bagitau awal2. Kami pegi sekejap je gerak kul 9.30pagi dan balik pukul 1 petang. Lepas bagi anak2 makan, kepenatan aku tertido dan terjaga bila adik perempuanku ct pulang dr keje pukul 5 petang. Katanya sambil menangis yg anak saudaraku itu sudah tiada lagi. memang aku terkejut sangat. Tuhan saja yang tahu bagaimana perasaan kami waktu tu. Terus ku ajak suamiku pulang ke kg.
PETANG/MALAM
Gerak dari rumahku pukul 6.30 petang kerana suami ku ada urusan keje di luar. sesampai di kg hampir 8.00 malam, ku lihat sekujur tubuh arwah diruang tamu rumah. Lantas kupeluk erat tubuh adik iparku dan kami sama2 menangis. kucuba menahan kesedihan tetapi kalah jua. Kata adik iparku dia redha atas kepergiannya. Kami juga begitu..niatnya untuk menjaga arwah selepas raya ini tidak kesampaian..walau berat rasa hati, semua ini sudah ketentuan dari yang Maha Esa yang lebih menyayangi beliau. Pihak polis datang kerumah malam tersebut bagi tujuan mengambil repot dan terus menghantar jenazah ke Hospital Tuanku Jaafar, Seremban bagi tujuan post mortem. Jenazah terpaksa ditinggalkan di hospital malam itu kerana pembedahan hanya akan dilakukan pada keesokkan harinya.
Sabtu 12.09.2009
Aku mengikut adikku ke hospital bagi mengambil jenazah. Jenazah siap lebih kurang pukul 9.40pagi. Punca kematian masih tak dapat ditentukan dan ujian darah akan dijalankan bagi memastikan punca sebenar kematiannya. Memang sedih mengenangkan arwah yg masih kecil terpaksa juga dibedah ttp kami redha. Jenazah selamat dikebumikan tengah harinya walaupun berbagai dugaan terpaksa ditempuh.
Doaku semoga arwah tenang disana. Menjadi bidadari syurga..Perginya sesuci kain putih, tiada noda..Al-Fatihah buatnya ..Amin..

Wednesday, September 9, 2009

090909

Tarikh ni agak unik tapi tak de la apa2 perubahan pada aku. Cuma tarikh ni nampak menarik. Disebabkan tarikh ni juga ramai org ambik untuk kenangan terindah dalam hidup mereka mcm kaum cina, ramai yg ambik sbg tarikh perkahwinan sbb katanya tarikh ni ada tuah.. bg org melayu @ Islam, tarikh ni kena pada bulan puasa. So, tak de la yg wat wedding day. walau apa pun, macam aku, rutin harian tetap sama. Tiada apa yang berubah. Tarikh ni juga buat pertama kalinya selama 6 tahun aku bekerja di Brinfo, aku tak join majlis berbuka puasa bagi tahun 2009. Niat dihati bukan sengaja tak mo join, tapi keadaan tidak megizinkan. Bukanlah malas atau tak mau bersosial ke hape ke cuma keadaan tak mengizinkan dan aku sebolehnya tak nak menyusahkan orang. Sedih gak tak dapat join makan kambing panggang [ wlpn tak la suke sgt] dan bermacam menu lain..Tak pe la yg penting majlis tetap berjalan wlpun ku tak join. kan..kan..Seperti biasa ku berbuka dengan 2 orang hero hensem ku itu dan juga adikku CT. Jadila...
Hari Raya bakal menjelang tak berapa lama lagi lebih kurang dalam 10 hari lg. Aku, apa persiapan pun belum buat lagi . maybe baru 10% je kot. pakaian anak2 and suami pun lum ada lagi. cuma ada la beli skit biskut n kerepek utk raya nanti. Mr Hubby ke kelantan malam isnin [7/9/09] atas urusan keje dan sampai ke hari ni [10/9/09] lum blk lg..hikhikhik sedih tul..nak shopping..nak shopping...tak sabar nk blk kg..seperti tahun lepas, raya tahun ni aku akan pulang beraya ke kg ku dulu di Negeri Sembilan dan petang raya kedua baru kami gerak untuk pulang beraya di kelantan umah mertua ku...oooooo balik kampung...oooo balik kampung...SALAM LEBARAN BUAT SEMUA...

Sunday, September 6, 2009

DEMAM

Minggu lepas adalah minggu yang suram buat keluarga ku. mr hubby ku demam seminggu lebih. lepas baik bersambung pulak dengan anak bongsuku aliff lebih kurang dalam 3 hari. Kebetulan hari dia demam tu sama dengan tarikh checkup di klinik kesihatan taman ehsan, kepong. dia kenan refer pd doktor. doktor kata anak ibu ni kerap jugak kena demam. berat pun tak naik banyak sangat bulan lepas. doktor suh ambik ubat kat farmasi dan ibu pun request ubat untuk ruam aliff sebab masih lum baik 100% lagi. pastu sambung pulak demam kat anak sulongku asyraf. nasib baik la antibodiku kuat walaupun kadang2 ada jugak rasa mcm nak demam. almaklum menjaga orang demam. alif lepas baik demam dalam 2,3 hari kena pulak ruam campak. sian dia. habis 1 abdan naik bintik2 merah. pagi masa hantar umah cik nab ibu tengok ok je. bila nak ambik petnag tu cik nab kata aliff kenan campak. terkejut dibuatnya. baru je baik demam panas. bila berpeluh skit je mula la menggaru2 muka sebab miang. nak tido malam susah dibuatnya. alahai anak ibu. nasib baik la tak lama dalam 2 hari dah baik. alhamdulillah. sekarang ni ibu tengah risau pulak dengan kesihatan along . walau pun badan dia tak panas tapi bila tengok muka dia nampak lesu je. selera makan pun dah makin kurang balik. makin susut berat badan dia. kadang2 dengar dia batuk2.. tp bila nak bg makan ubat punya la susah. macam2 skill kena guna. Ya Allah Ya Tuhanku, semoga engkau beri kesihatan yang baik buat anak-anakku serta seluruh keluarga ku juga tidak lupa buat seluruh muslimin dan muslimat. Aminnn..