Tuesday, August 18, 2009

Aliff pandai merangkak..6 bulan 4 hari..

pada 15/8/09 [sabtu] secara rasminya aliff pandai merangkak..hari tu umurnya genap 6 bulan 4 hari. wahhh seronok rasa. hmm lepas ni tak boleh la tinggalkan dia sorang lama2 atas tilam or sofa..haritu dah tergolek jatuh dari tilam rasanya dah 2 kali. nasib baik ayah dah tak nak pasang katil lagi. kalau tak, tak tau la berapa kali anak ibu ni akan jatuh. sure jantung ibu berdegup laju bila terdengar bunyi benda jatuhkan... Macam along asyraf dulu la..sian anak ibu..ibu dah nasihatkan along jangan sepah2kan barang mainan nanti sure aliff kutip masuk mulut..tp tak tau la masuk telinga kiri kuar telinga kanan kot ..lagi 1 kalo makan depan aliff, mesti bising nak jugak..mulut tu mengunyah2 mcm tgh gigit sesuatu...sekarang aliff dah boleh makan bubur nasi yg diblend..suka dia..kalo lambat bg makan mesti bising...alhamdulillah setakat hari ini anak2 ibu tak byk masalah..kesihatan pun ok..cuma alif je yg kena ruam agak teruk skit..skrg dah ansur2 baik..cuma tak boleh panas n berpeluh..mesti naik balik ruamnya..

Thursday, August 13, 2009

Fakta Mengenai Virus Influenza A (H1N1) - info ini ku copy dari laman web kementerian kesihatan malaysia

Virus influenza A (H1N1) adalah virus baru dan semua orang tiada daya ketahanan kepada jangkitan ini. Vaksin bagi melindungi jangkitan juga belum ada. Jika penularan dalam komuniti tidak dikawal dengan baik, penyakit yang mudah menular ini (contangious) akan merebak dengan cepat serta melibatkan kejadian kes-kes yang tinggi atau banyak dan jika keadaan ini tidak terkawal kejadian kes berkomplikasi akan berlaku termasuk kematian.

Sebagaimana yang dilaporkan sebelum ini, untuk membendung wabak pandemik di Malaysia (to slow down the spread), aktiviti kawalan dan pencegahan yang sedia-ada akan diteruskan melalui langkah-langkah pencegahan dan mitigasi. Langkah pencegahan dan mitigasi ini perlu diambil bagi memastikan kes-kes yang berisiko dikenal pasti dan diambil tindakan awal untuk mengelakkan komplikasi. Orang ramai adalah diminta untuk sama-sama mengambil bahagian dalam menangani pandemik ini.

Aktiviti-aktiviti yang sedia ada akan dikaji dari masa ke semasa untuk memastikan pelaksanaan aktiviti kawalan dan pencegahan yang cekap dan berkesan agar penularan kes di Malaysia dapat dikurangkan ke tahap yang minima.

Apa itu Fasa Mitigasi (Peredaan)

Aktiviti mitigasi adalah tindakan membendung wabak pandemik H1N1 di Malaysia dengan memperkukuhkan langkah-langkah pencegahan dan kawalan seperti mengamalkan kebersihan diri, kerap mencuci tangan dan mengamalkan adab batuk yang sesuai.

Strategi utama fasa ini adalah untuk mengurangkan kesengsaraan dan kematian akibat penyakit ini, melambatkan jangkitan penyakit dan mengurangkan kesan terhadap gangguan perkhidmatan utama.

Siapakah yang berisiko tinggi akibat jangkitan Influenza A (H1N1)?

  1. Kanak-kanak berusia kurang 5 tahun
  2. Individu berusia 65 tahun dan ke atas
  3. Kanak-kanak dan remaja (<>
  4. Wanita mengandung
  5. Dewasa dan kanak-kanak dengan asma, penyakit pernafasan kronik obstruktif, kegagalan organ, penyakit kardiovascular, hepatik, heamatologikal, neurologik, neuromuscular atau masalah metabolik seperti Diabetes Mellitus
  6. Dewasa dan kanak-kanan yang mengalami daya ketahanan yang rendah (immunosuppression)
  7. Individu yang menginap di rumah kebajikan dan institusi penjagaan yang lain
Masyarakat perlu mengetahui cara virus ini merebak.
  • Influenza A (H1N1) virus berjangkit dari manusia kepada manusia melalui titisan cecair, (yang dikeluarkan semasa bercakap, batuk atau bersin).
  • Mana-mana individu yang berhubung rapat (lebih kurang 1 meter) dengan individu yang mengalami gejala selesema (demam, bersin, batuk, hidung berair, menggigil, sakit sendi dan lain-lain adalah berisiko untuk mendapat jangkitan penyakit akibat dari titisan cecair.
  • Oleh itu, masyarakat perlu mengambil langkah pencegahan berikut:
    1. Amalkan kebersihan diri dan adab batuk yang betul
    2. Amalkan kawalan jangkitan sama ada di rumah, tempat kerja atau pengangkutan awam
    3. Peranan penutup mulut dan hidung (mask) dalam masyarakat
      • Tiada bukti kukuh mengenai keberkesanan memakai mask di tempat awam. Namun, ia telah digunakan dalam ruang yang sesak/tertutup apabila berhubung dengan individu yang mengalami gejala selesema
      • Individu boleh memakai penutup mulut dan hidung (surgical mask) di rumah dan di kalangan masyarakat, terutamanya jika mereka berhubung rapat dengan individu yang mengalami gejala influenza, contohnya semasa menjaga ahli keluarga yang sakit.
      • Penggunaan mask membolehkan individu yang mengalami gejala influenza untuk menutup mulut dan hidung mereka bagi menghalang titisan cecair dari tersebar, salah satu kaedah adab batuk yang betul/baik.
      • Surgical mask juga disyorkan kepada golongan yang berisiko tinggi apabila berada di kawasan yang sesak.
    4. Pesakit dinasihatkan untuk tinggal di rumah, elakkan berhubung rapat dengan ahli keluarga yang lain serta mengambil langkah kawalan dan pencegahan dari menjangkiti mereka yang menjaga pesakit.
    5. Sekiranya gejala influenza semakin teruk, pesakit hendaklah SEGERA mendapatkan rawatan di hospital.
    6. Sekiranya individu yang tergolong dalam kumpulan yang berisiko tinggi mengalami gejala influenza, segera dapatkan rawatan awal
    7. Elakkan berada di kawasan sesak dan seboleh-bolehnya tangguhkan/ batalkan / kurangkan menghadiri majlis keramaian
    8. Dapatkan maklumat terkini mengenai situasi semasa dari sumber yang boleh dipercayai seperti Kementerian Kesihatan Malaysia dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

aku dan GASTRIK..

Rabu lepas 12/8/09 dada ku sakit sangat..start dari pukul 3, 4 pagi... sakit sangat. Dah lama tak sakit cam tu...sakitnya dtg sekejap2..adoii..nak bangun pun Tuhan saje yg tau..dalam hati risau gak tambah2 skrg ni dunia dilanda wabak H1N1 ..kukuatkan hati bersiap jgk utk ke tempat keja..kalo ikutkan hati mmg tak mau p keje..mmg x larat sgt..tp bila pikir blk mcm mn ngan anak2, ku kuatkan hati jugak ..sekurang2nya kalo d tmpt keje ada gak la yg tau n boleh minta tolong utk ke klinik. kalo duk je dirumah x tau la nak kata. tunggang langgang la jawabnya..msk opis ingatkan ansur2 baik tp sampai ke pukul 10.30pagi mmg x tertahan rasanya ku dah terguling2 dlm bilik solat n nangis sorang2..huhuhuh mcm budak kecik gamaknya..mintak tolong offismateku cik nora hantarkan ke klinik.....rasa sakitnya same mcm masa aku pregnant anak ke2 ku..tp waktu tu sbb aku keracunan makanan..asyik cirit-birit jek..kat klinik at 1st, doc tanya, ada sesak nafas tak? nasib baik aku x de problem tu...ye la risau jugakkan. bukan takat dada je sakit ..ngan tekak pun sakit ..mcm2 hal..at last doktor bgtau aku kn gastrik..patutla...ini msk hr ke 3..dah makin baik alhamdulillah...moga2 cepat baik la..

Sunday, August 2, 2009

alif dan ruamnya..

agak lama rasanya tak update blog..tak de citer menarik n no idea..hari ni nak citer pasal anak ke-2 ku alif..lagi 1 minggu alif nak msk 6 bulan. Dah pandai meniarap sejak 5 bulan lg n sekarang dah mengensot2... nak belajar merangkak la tu.. banyak kali jugak la tergolek..sian dia..sumer benda kalo nampak nak msk dlm mulut dan pada masa yg sama 3 ke 4 hari ni dia dah pandai jelir2 lidah sampai penuh air liur di mulutnya [ patutla rambut ibu byk yg gugur..huhuhu] dan lg 1 dah pandai gigit puting ibu bila nyusu. biasa dia tu.... :) gatal gusi kot kan..hmmm nak besar dah anak ibu yg sorang ni yek..last timbang masa p check up kat klinik kesihatan pd 23/7/09, berat dalam 6.8kg. masa ni umonya dalam 5 bulan 2 minggu ...nurse bgtau dah boleh bg alif makan bubur nasi yg diblend dah. sebenarnya ibu dah pun start bg alif makan bubur nasi plain yg diblend dah sebab tengok alif mcm lapar sgt..bila tgk ibu, ayah n along makan mulut alif pun asyik sgt mengunyah mcm ada benda dlm mulut tu...n kat umah bbsitter pun makcik dah campurkan nestum dalam fm alif...seronok rasa bila tgk dia membesar. Tapi ada yang merisaukan ibu sekarang ialah ruam di leher alif. dah lama tak baik2 lg. ni da dkt sebulan dah. macam2 ubat yg ibu bubuh tp x elok2..pening n kesian tgk alif. mesti rasa pedih kat situkan. masa p check up hari tu doktor bagi krim + lotion calamine suh sapu. dah wat dekat 2 minggu dah..x ok lg. macam mana yea??? adoii..ayah kata mungkin ibu ada salah makan apa2 sbb alifkan nyusu badan jugak..rasanya ibu tak de lak mkn yg bukan2... RISAU LAAA.. Along asyraf pulak skrg ni baru nampak dia ada selera nak makan. kalo tak jenuh nk suruh mkn. sampai ibu rasa nak nangis je bila nak suruh along makan terutamanya nasi. asyik mintak air milo je..skrg along dah pandai cakap dan suka bertanya itu ini sampai x larat nak jawab..bila dan pandai bercakap..makin dia pandai memerintah huhhhh sabo je la..