Thursday, June 25, 2009

asyraf dan pujukannya..

anak sulong ibu ni akan sambut ulangtahun yg ke 3thn pada 20.09.2009 ni. Dah besar dah anak sulong ibu ni. semakin pandai dia berkata2 walaupun pelatnya masih ada. Ku sentiasa teringat telatahnya..dah pandai memujuk..mungkin sbb dia kesian tengok ibu penat kot.. ye lah tu...bila ku marah sbb dia buat perangai especially ni lepas dia mandi dia akan kata nak sayang ibu..masa ngah mengelap badan dia...dia cium pipiku kanan & kiri pastu cakap saaaayang ibu...jangan degil sangat ehh,,kalo degil ibu buat apa? ibu pulas telinga, kunci dalam bilik, tutup lampu, cubit nanti...jangan degil sangat ehh..dia cakap camtu sebenarnya untuk diri dia sendiri sbb ku akan buat begitu bila dia buat perangai BAIKnya itu..asyraf..asyraf.....bila dia kata saaayang ibu tu hati ku dah cair sebenarnya..dalam hati kata pandai la anak ibu sorang ni ..nak ambik hati ibu la tu.. seronok betul jadi ibu ni..pengalaman yang amat bermakna...ni tunggu adik alif dia besar pulak..tak sabar nak tengok mcm mn asyraf menjaga adik dia...walaupun ku selalu tensen dengan perangai diorang tapi merekalah penyeri hidupku..sayang anak2 ibu..muahhhh...

Thursday, June 18, 2009

sakit tekak..

boring giler...tambah pulak sakit tekak...semua serba tak kena..mungkin sebab musim panas kot..tp alhamdulillah anak2 ku dah baik demam tinggal batuk je lagi...skrg aku lak yang sakit tekak ada rasa cam nak demam dah nih...
gaji bulan ni aku berangan nak beli 3 benda..teringin sangat sebenarnya..cewah2 mcm ada apa2 lak kan..ishh..ishh..
[1] teringin nak beli baby Ring Sling.. ada mcm2 design cantik2...and rega pun CANTEKK..jugak la..huhu
[2] nak ngumpul Cloth Diapers..kalo wat kira2 memang la jimat untuk masa depan tapi nak beli awal2 tu yg rasa sakit skit..insyAllah yang ni akan ku cuba capai jugak...dah pikir lam kepala kena ada kurang2 pun 16 keping CD coz anak sulong masih pakai diapers lagik..pelan-pelan kayuh hah...
[3] nak beli baju baru...ini kn pikir betul2..hhmm
semua ni cara online jek..dah lama dah tak kuar shopping2 ni..almaklum la...so, masih wat kira2 lagik..mana 1 nak beli dulu..?? pikir2 jgn x pikir...ckp kt diri sendiri.. :) melalut tul..bak kata anak ku asyraf ----> apa la ibu niiiii..

Tuesday, June 16, 2009

badan raso lomau..

so lazy this few days...mana taknya my two sons masing2 demam, batuk n selsema..aduh..kurang tido...badan rasa lemah sangat..sekarang ni sakit tekak pulak..aduyai..
paling kesian kat si adiknya la...batuk kuat..semalam, selasa[16.06.09] petang aku p appoinment kat klinik kesihatan..alif dah 4 bulan 1 minggu..ada mommies kat sana yang prihatin kat baby alif..kalo tak silap namanya shima... adik shima...bagus banget dia tu...mcm ada pengalaman anak ramai padahal dia baru beranak sorang ..baby boy gak..beza umo anak dia n alif 1 bulan..anaknya dah 5 bulan ++..aku kata dia tu bagus sebabnya mula2 dia bg kat aku tips2 macam mana nak wat kalo anak selesema or hidung tersumbat...cakap punya cakap..sementara nak nunggu giliran..dia tak sampai hati dengar alif nafas tersekat2 n batuk2 sampai suara tak de..dia ajak aku katanya nak demo mcm mn nak kasi kuar selesema alif..dia tunjuk cara mula2 mskkan jari dlm mulut alif, tekan lelangit pastu tiup hidung..then hingus/selesema akan kuar kat lubang hidung lg sebelah n dalam mulut ...banyak giler..aku tengok pun rasa ehemmm..tapi disebabkan orang lain sanggup wat mcm tu kat anak aku..rasa tercabar gak..alhamdulillah lepas dia buat mcm tu alif leh nafas ..tak berbunyi sangat dah...aku berterima kasih sesgt kat dia..siap mintak no phone dia ..mana la tau berguna 1 hr nanti.
timbang alif semalam dia dah 6.5kg . masa 3 bulan beratnya 5.8kg..alhamdulillah...
kata orang dia demam mungkin sebab beralih bulan..tapi ms aku ambik dia dr umah penjaga petang jumaat [12.06.09] tu dua-dua anak aku ok jek. Tp aku dengar mak cik yang menjaga diorg tu yg tak sihat..dlm hati kata..siap la..jangkit kat anak2 aku nih..tup2 mlm tu jgk dua-dua panas badan n start merengek..sabo je la...ni la dugaan namanya..semoga anak2 ibu lekas2 baik..sian ibu tengok bila anak ibu kn minum ubat...lgpn doktor pun tak galakkan baby alif ambik ubat batuk kecuali la teruk sangat n berlanjutan..ubat demam n antibiotik tak apa..sbbnya alif masih kecik lagi..kalo along asyraf tak pe..dia dah 3 thn..tp masalahnya siabang ni nk mkn ubat kn tgk mood dia..macam2..mlm tadi aku try praktik cara nak kuarkan hingus alif tapi tak berjaya..adoi...kena usaha lagi.....